Uncategorized

Najib tiba di SPRM untuk siasatan kes baharu

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kes siasatan baharu.

Beliau tiba di akademi SPRM di sini pada pukul 4.58 petang Selasa bersama beberapa anggota pengiring.

Rombongan pengiring itu tidak berhenti untuk ditemu bual oleh pengamal media yang menunggu di akademi tersebut.

Najib dijangka menghadapi beberapa tuduhan baharu di bawah Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) pada Rabu.

Sumber SPRM sebelum ini mengesahkan bahawa bekas perdana menteri itu akan dihadapkan dengan dakwaan baharu.

Sebelum ini, gambar kenderaan milik Najib meninggalkan kediamannya di Langgak Duta tular sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sumber : www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/07/najib-tiba-sprm/

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top