Uncategorized

VIDEO Gempa Bumi Mengoncang Masjid, Imam Teguh Dengan Ayat Kursi 3x

5 Ogos 2018, Kelihatan video seorang imam tetap melanjutkan solat isya’ ketika terjadinya gempa bumi ini. Dari sumber media yang diterima, kejadian ini berlaku di Denpasar Bali Musholla As-Syuhada Blk, menurut kata netizen bernama Peni Muslim.

oncangan gempa bumi yang dahsyat tersebut tidak membuatkan Imam lari ataupun pergi dari sholatnya, meskipun sebagian makmum banyak yang panik dan lari, namun imam tersebut tetap melanjutkan sholat Isya’ yang didirkan.

VIDEO:

Dengan suara yang agak sedih sepertimana tahu akan datangnya kematian, imam membaca Ayat Kursi yang diulang hingga 3 kali sambil dialunkan dengan suara sedih bercampur ketakutan. Tapi, beliau yakin dengan jaminan Allah s.w.t. yang dimana, jika orang mukmin itu solat pasti akan terjaga dari bala bencana dan marabahaya.

VIDEO:

Gempa bumi yang melanda Lombok dikatakan 7.0 Skala Ritcher yang terjadi pada 05/8/2018 pada pukul 18:46:35 malam.

Janji dan saranan Allah terhadap orang mukmin
DAN orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 71)

Ia menceritakan tentang sikap orang-orang mukmin. Ternyata ada perbezaan yang ketara antara dua golongan ini. Golongan munafik sentiasa menyeru kepada kejahatan dan sebaliknya golongan mukmin sentiasa menyeru kebaikan dan hak. Golongan munafik juga sentiasa melarang berbuat kebaikan dan golongan mukmin melarang dalam melakukan perkara-perkara yang mungkar.

Sifat-sifat unggul seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas adalah garis panduan untuk seseorang insan itu mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Orang-orang mukmin saling menjaga keimanan mereka terhadap Allah s.w.t. dan rasul.

Tanpa saling menjaga antara satu sama lain nescaya mereka terdedah dengan ancaman musuh tradisi iaitu iblis dan syaitan. Justeru, adalah amat penting bagi setiap individu muslim menyusun strateginya dalam urusan peribadi, kemasyarakatan mahupun negara. Mereka digalakkan menyeru kepada makruf dan mencegah daripada perkara mungkar. Sekiranya setiap individu muslim mengambil peranan masing-masing dalam usaha sebegini nescaya mereka akan akan diberi rahmat oleh Allah s.w.t..

Selain daripada usaha-usaha seperti yang disebutkan di atas kekuatan orang mukmin juga adalah kerana mereka akan akan diberi rahmat oleh Allah s.w.t. Selain daripada usaha-usaha seperti yang disebutkan tadi, kekuatan orang mukmin juga adalah kerana mereka menjaga hubungan dengan pencipta iaitu Allah s.w.t. iaitu dengan cara menjaga sembahyangnya.

Di sinilah datangnya kekuatan jiwa dan semangat untuk terus memakmurkan muka bumi ini.
Ciri-ciri lain orang mukmin ialah mereka saling membantu, taat dan patuh terhadap suruhan dan larangan Allah serta rasul-Nya. Allah s.w.t. menyatakan ganjaran yang akan diberikan oleh golongan yang berjaya.

Setiap mukmin mestilah mempunyai sifat unggul untuk berjaya di dunia dan akhirat melalui melalui seruan yang makruf dan mencegah yang mungkar, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan taat kepada perintah Allah s.w.t. dan rasul.
Semoga Allah senantiasa melindungi masyarakat Bali dan Lombok.

sumber: http://nokgeroh.com
Terkini: 19 maut, puluhan cedera, gempa bumi Lombok

MATARAM: Satu gempa bumi besar berukuran magnitud 7.0 di Pulau Lombok, Indonesia petang semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang, mencederakan puluhan lain dan merosakkan bangunan, kata pihak berkuasa.

“Data terbaharu yang kami peroleh ialah 19 orang dilaporkan maut di Hospital Tanjung (Lombok Utara),” kata jurucakap operasi mencari dan menyelamat Mataram, Agus Hendra Sanjaya kepada AFP.

Katanya, antara mangsa yang maut adalah bayi berusia setahun dan warga emas berusia 72 tahun. -AFP

VIDEO:

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top