Uncategorized

Hebat Lawak Dia Sampai Motor Boleh Terlupa Bawa, Naik Angin Polis Tu

Pelawak dan juara program Raja Lawak musim ke-6 Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim tidak kisah jika ada yang melihat kerjayanya agak tenggelam berbanding rakan seangkatannya.

Man berkata, isu berkenaan adalah perkara biasa sebagai seorang artis namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuknya melupakan cita-citanya hanya dikatakan sudah tenggelam sebagai pelawak.

“Tenggelam timbul itu adalah perkara biasa kerana itu adalah lumrah dalam bidang ini tetapi kita tidak boleh berputus asa dan kena terus berusaha.

“Jika itu pandangan orang kita tidak seharusnya berputus asa sebaliknya membuktikan bakat dan kemampuan diri untuk terus berada dalam industri ini,” jelasnya

Dalam pada itu, Man berkata, dia amat bersyukur kerana walaupun dia jarang menjadi perhatian namun rezekinya sejak menjuarai program Raja Lawak pada tahun 2011 itu semakin mencurah-curah.

Jelas Man, dia sangat terharu dengan amanah dan kepercayaan diberikan kepadanya dan akan terus berusaha memperbaiki diri supaya mutu lawak dan lakonannya supaya lebih mantap sekaligus dapat menjadi pelakon yang serba boleh.

“Saya bersyukur kerana walaupun tidak begitu mendapat liputan tetapi Alhamdulillah projek yang diterima cukup banyak dan adakalanya tiada masa terluang untuk diri sendiri dan keluarga,” jelasnya.

Hebat Lawak Dia Sampai Moto Boleh Terlupa Bawa, Naik angin polis tu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top