Uncategorized

LGBT di negara ini mahu hak sama

SHAH ALAM – Aktivis sosial Marina Mahathir menegaskan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini mahukan hak sama dinikmati oleh rakyat di negara ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Marina ditemui dalam satu majlis di Ampang menyatakan, komuniti LGBT itu berhadapan dengan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

Menurutnya, di negara ini, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang boleh dilihat di Barat.

“Saya fikir semua orang telah diwarnai oleh apa yang mereka lihat di Barat. Masyarakat LGBT di Malaysia tidak meminta hak tambahan, mereka minta hak yang sama seperti orang lain.

“Setakat yang saya tahu, dan saya mempunyai sejarah panjang mengetahui komuniti ini, mereka tidak begitu agresif dalam menuntut hak mereka,” katanya.

Marina berkata, sebahagian besar komuniti LGBT di negara ini terpinggir dan sekiranya individu lain terpaksa berhadapan keadaan dipinggirkan, pasti individu berkenaan tidak mempunyai daya.

Marina berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan bahawa LGBT tidak seharusnya didiskriminasikan, tetapi tidak boleh mencabar sistem dan nilai di negara.

Pada 23 Julai lalu, Mujahid ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) di Parlimen menyatakan undang-undang negara ini melarang golongan LGBT mengamalkan gaya hidup mereka.

Menurutnya, negara mempunyai peruntukan undang-undang sivil untuk kesalahan persetubuhan luar tabii iaitu Seksyen 366A Kanun Keseksaan.

Manakala, katanya, undang-undang syariah memperuntukkan Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 25, 26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan bagi kesalahan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan.

Menurutnya, peruntukan Perlembagaan bagaimana pun menyatakan komuniti LGBT tidak boleh ditindas.

“Pada masa sama hak asasi manusia sentiasa dipelihara berdasarkan acuan adat dan budaya yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Golongan LGBT ini tak boleh ditindas di tempat kerja, tidak boleh dianiaya dan tak boleh dizalimi.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/lgbt-di-negara-ini-mahu-hak-sama-1.864309

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top