Uncategorized

Hanya 4 daripada 28 pesawat pejuang buatan Rusia milik TUDM dapat terbang

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memainkan peranan penting dalam pertahanan ketenteraan negara kita. Oleh itu, amat penting untuk memastikan segala aset yang dimiliki oleh TUDM dalam keadaan yang baik.

Pada sesi parlimen hari Selasa (31 Julai), Mat Sabu membuat kenyataan yang mengejutkan bahawa hanya empat daripada 28 pesawat pejuang buatan Rusia yang dimiliki oleh TUDM yang dapat terbang.

Kredit: The Star

Beliau berkata, TUDM mempunyai 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dan sepuluh MiG-29 buatan Russia. TUDM tidak mampu menyelenggarakan pesawat pejuang dengan baik yang membuatkan beberapa buah pesawat pejuang tidak selamat untuk diterbangkan.

“Hanya empat pesawat pejuang mampu terbang dengan baik dan baki 14 buah pesawat pejuang Sukhoi masih dalam pembaikan. Manakala, kesemua sepuluh buah pesawat pejuang model MiG-29 tidak selamat untuk diterbangkan,” katanya.

Namun, Kementerian Pertahanan masih belum menamatkan kontraktor yang terlibat dengan pentadbiran terdahulu dan akan mendapatkan bantuan syarikat tempatan untuk menyelenggara pesawat pejuang yang tidak dapat terbang.

Telah dimaklumkan bahawa sepuluh pesawat pelbagai peranan MiG-29 telah dihantar ke TUDM pada tahun 1995. Sukhoi Su-30MKM Air-Superiority Fighter, enam daripadanya telah diterima oleh TUDM pada tahun 2007, manakala yang selebihnya telah diterima pada tahun 2009.

Kredit: Sebastian William/Facebook

Sumber: The Star, KiniTV, Sebastian William/Facebook

Era Baru

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top