Uncategorized

‘Menteri KBS, tolong pandang serius!’

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya memandang serius terhadap tindakan melampau penyokong Indonesia yang menghina negara ini pada Kejuaraan Bawah 16 (B-16) AFF 2018 di Surabaya.

Dalam satu kenyataan menerusi laman Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim serta bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, menegaskan penghormatan terhadap nama negara seharusnya menjadi keutamaan meskipun terpaksa mengambil keputusan yang sukar demi kebaikan.

“Saya faham Menteri Belia dan Sukan yang sentiasa memikirkan diplomatik untuk bertindak.

“Ini bukan mengenai diplomatik tapi mengenai nama negara yang dihina. Mana yang lebih penting, untuk menjadi popular atau untuk berjaya?

“Sebagai seorang ketua, kadangkala kita tidak boleh asyik nak menjaga hati semua pihak. Kadang-kadang kita perlu lakukan keputusan yang sukar orang nak terima tapi untuk kebaikan negara,” kata Tunku Ismail, malam tadi.

Mengulas lanjut insiden penghinaan penyokong Indonesia itu, Tunku Ismail nyata bimbang terhadap keselamatan pemain skuad B-16 dan menyarankan mereka supaya menarik diri daripada kejohanan itu jika perlu.

Terdahulu, penyokong tuan rumah melaungkan sorakan ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’ pada perlawanan antara Malaysia dengan Thailand di Stadium Joko Samudro, malam tadi.

Mereka mungkin mahu membalas dendam dengan tindakan pemain muda negara Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik sekali gus menjadi bendera Poland dalam Instagram Story miliknya sebelum berlepas ke negara republik itu, minggu lalu.

Sebelum ini, pada Kejuaraan B-19 AFF di Surabaya bulan lalu, pemain negara dibaling dengan botol, objek dan batu selepas mereka menundukkan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir.

Sumber harian metro

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top