Uncategorized

Lim Guan Eng Dedah Najib Pernah Bayar Arul Kanda. Jumlahnya Buat Ramai Terkedu. Allahu.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bayaran sebanyak RM5 juta telah dibuat kepada bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dedah Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Ini sekali gus mengesahkan laporan eksklusif Malaysiakini pada bulan Jun lalu yang melaporkan kerajaan bersetuju membayar ex-gratia kepada bekas orang kuat 1MDB itu

“Pada Januari tahun ini RM5 juta dibayar kepadanya (di mana) RM2.5 juta sebagai pendahuluan. Selepas 30 Jun, RM2.5 juta (lagi dibayar),” kata Lim semasa menggulung perbahasan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini.

 

“Kontrak itu ditandatangani oleh bekas perdana menteri,” tambah beliau

Selain Arul Kanda, Lim juga berkata bekas pengarah SRC International Sdn Bhd, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil masing-masing telah dibayar sebanyak RM84,583 dan RM74,583.

Beliau berkata Nik Faisal juga menerima gaji bulanan sebanyak RM335,000 dan bonus sebanyak RM533,000.

“Sejumlah RM106,000 dibayar kepada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bagi pihak pengarah (Suboh dan Nik Faisal),” katanya.

Sumber: Malaysiakini

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top