Uncategorized

Demi anak,Ibu sanggup pakai topeng ‘superhero’.Asalkan anak mahu ke sekolah.

Unik betul kisah ibu kepada 3 orang anak istimewa ini. Dari pagi tadi gelagat Karinda Warsito viral gara-gara postingnya yang menghantar anaknya, Husna ke sekolah dengan memakai topeng superhero ‘Ultraman’ mahupun ‘Mask Rider’.

Tulisnya, “Anak dara bongsu saya Husna, 7 tahun. Autisme dan ADHD. Tengah suka sangat ultraman. Dia nak emak dia pun jadi Ultraman. Setelah sebelum ini dia suruh emak dia jadi ‘Mask Rider’.

“Ugut tak nak sekolah dah nak mengamuk kalau emak tak nak jadi ultraman. Jadilah emak dia Ultraman hantar pi sekolah. Yihaa.. Tebal muka orang tengok. Janji anak happy sekolah. Saya ada 3 anak Autisme dan ADHD. Dulu masa Mubarak pun saya jadi ‘Power Ranger’.

Di sebalik postingnya yang lucu itu, rupanya ibu ini menyimpan satu kekuatan dan disiplin menjaga anak istimewa yang kental.

Anak sulungnya, Istiaq Mubarak, 14 disahkan Autisme, ADHD dan Dyslexia. Anak keduanya, Aisyah Binti Ismat, 9 tahun mengalami Autisme dan Dyslexia. Manakala yang bongsu Husna Binti Ismat, 7 tahun baru didiagnos Autisme. Ketika ini tengah tunggu surat pengesahan dari doktor untuk membolehkannya memasuki PPKI.

Orang Tengok Pelik, Ingat Saya Gila Pun Ada

Cerita ibu ini, anak bongsunya Husna agak payah nak ke sekolah. Dalam lima hari bersekolah mesti ada hari yang terlepas.

“Macam-macam cara saya buat nak bagi mood dia elok nak pi sekolah. Dulu abang dia pun sama juga. Lagi haru biru masa abang dia. Sebab kami tak ada motor waktu itu. Jalan kaki pakai topeng superhero. Orang tengok pelik, ingatkan saya gila pun ada.

“Masa abang dia dulu, gila ‘Power Ranger’. Sekarang ini pergi TESCO pun kena guna topeng ‘Mask Rider. Sebab nak bagi anak-anak semangat sekolah. Saya buat semua ini untuk anak-anak.”

“Bagi mereka boleh disiplin mau dengar kata. Lebih fokus, lebih elok perangai, kurang autistik behaviour dan kurang hyper. Sebabnya anak-anak tengok emak dia macam idola mereka.

“Emak boleh buat macam yang mereka nak, jadi mereka pun akan buat apa yang emak nak. Be good, good behaviour.”

Setiap hari, Karinda perlu memakai topeng superhero sejauh perjalanan 1 ke 2 kilometer dari rumah ke sekolah anaknya.

Masa ini Mubarak tengah suka dengan ‘Power Rangers’

Anak-anak Memang Ada Jadual Dan Rutin Yang Tetap

Menguruskan tiga orang anak istimewa serentak, bukannya mudah ya mak-mak. Rutin dan jadual anak-anak Karinda ini tetap dan tersusun. Tak boleh tersilap percaturan walau sedikit. Boleh tsunami kata ibu ini.

“Sebab anak autisme ini strict rutinnya. Kalau lari rutin tu memang tsunamilah. Saya buat list untuk setiap anak. Ada juga list untuk famili.”

Jam 3 Pagi

Mubarak dah bangun buat solat malam. Lepas itu tunggu Subuh, dia akan buka recording drama Korea kegemaran dia.Saya pula buat kerja rumah. Macam buat sarapan. Pastikan semua kelengkapan sekolah elok.

Jam 6 Pagi

Saya kejutkan Aisyah, solat Subuh dan bersiap ke sekolah. Kalau mood diaorang elok pukul 6.45 pagi dah sampai sekolah.

Kalau nasib tak baik pukul 7.40 sampai sekolah. Sekolah bagi masa lambat sehingga 8 pagi. Lewat dari itu, walau hadir dekat sekolah tapi check list kehadiran kira tak hadir.

Dekat rumah Husna bangun pukul 8 kadang 10 pagi. Nak suruh mandi punyalah seksa. Tapi bila dah mandi payah nak stop. Habis sabun mandi. Patut cukup seminggu boleh habis jam tu.

Husna ini obses dengan berus gigi. Gosok gigi boleh sampai lebih 10 kali dalam sehari. Dia juga suka melukis dan mewarna.

Anak sulungnya walau istimewa cemerlang di sekolah.

Bukan Topeng Superhero Je, Ada Lain Minat Anak Mak Layankan

Mubarak

“Saya kena layan dia dengan fahamkan drama-drama Korea kegemaran dia. Saya ini bukan suka dengan drama jiwang Korea dan K Pop Band. Sampai sekarang pun tak faham-faham Running Man tu.”

Aisyah

“Dia ini fashionista. Sukakan fesyen. Catwalk benda-benda girl girl. Emak dia pulak tomboy. Saya pun tau peplum tu apa dari Aisyah. Dia pandai pose dan tahu nak buat gesture bila snap gambar.”

Husna

“Ini dah seminggu saya dapat tugasan kena hafal nama-nama unicorn My Little Ponny. Sebelum ini saya kena hafal jenis-jenis Ultraman.”

“Silap sebut nama Ultraman masaklah saya kena ceramah dengan ‘Mak Jemah’ tu. Patutunya Ultraman Dyna, saya sebut Ultraman Dia. Kata Husna, ‘Ami ni tak fokus. Dia tu nama sabuh basuh baju bukan Ultraman. Ami kena ambil perhatian ya lebih fokus lagi. Macam tu dia marah saya.”

Ke pasaraya pun mak kena paksa pakai topeng superhero.

Kekuatan Ibu Layan 3 Anak Istimewa

“Tulah saya pun takjub juga Allah bagi saya boleh buat. Walau kadang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding dan telan panadol activfast. Memang selalu spare panadol kat rumah.”

Karinda suri rumah. Dengan adanya 3 anak istimewa sukar untuknya bekerja. Cuma sekali sekala dia buat juga kerja.

“Rumah saya dekat dengan lapangan terbang. Kadang itu ada juga buat kerja part time. Curi masa. Kadang ada kawan yang ada syarikat Umrah dan Travel. Bila ada klien diaorang buat transit di Malaysia, saya tolong uruskan.”

“Ambil dekat lapangan terbang hantar ke hotel. Bila masa panjang, hantar pula tengok Putrajaya.” tuturnya yang berasal dari Indonesia.

Sebaik ke sekolah menengah, Mubarak tak lagi minta ibunya pakai topeng ‘Power Rangers’.

Tip Kental Karinda

Pertama : Kena Redha

Terima yang anak kita adalah ladang pahala lapangan amal soleh. Allah tahu kita ini banyak sangat kekurangan. Sebab itu Allah bagi kita special pas.

Kedua : Kena Konsisten, Ini Mandatori

Ada anak istimewa ni kita kena konsisten dan disiplin. Kena tegas bukan garang. Kalau kita tak tegas anak-anak ini tak akan ada kemajuan dalam dirinya.

Sumber/Foto : Karinda Warsito
Kredit: Mingguanwanita.my

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top