Uncategorized

Usaha orang ramai berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam keretanya yang sedang terbakar akibat kemalangan

Ketika dia menyaksikan adegan yang mengerikan di depannya, Chris White tahu dia harus melakukan sesuatu. “Saya tidak sanggup dengan hanya menonton seseorang terbakar jika saya tidak melakukan sesuatu,” katanya.

Pada petang Ogos pada tahun 2016, treler dengan brek yang tidak berfungsi terbabas dan merempuh beberapa buah kenderaan. Menurut laporan, trak tersebut telah merempuh 10 buah kenderaan di lebuh raya di Binghamton, New York. Kamera papan pemuka sebuah kereta yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut merakam detik yang mengerikan tersebut.

Kredit: ABC World News Tonight with David Muir/Faceboook

Sebuah kereta kecil berwarna putih remuk teruk melanggar penghadang konkrit, dan kelihatan asap berkepul di bahagian belakang kereta tersebut. Wanita di dalamnya terperangkap, tetapi mujurlah, orang ramai yang terlibat dalam kemalangan tersebut bergegas membantu menyelamatkan perempuan tersebut.

Kredit: ABC World News Tonight with David Muir/Faceboook

Mereka segera menuju ke kereta putih tersebut dan cuba membuka pintu sebelah penumpang, tetapi tidak berjaya apabila api semakin marak merebak ke seluruh bahagian kanan kereta. Pada masa itu, pemandu treler datang dengan alat pemadam api, yang digunakan oleh Chris untuk memadamkan api.

Kredit: ABC World News Tonight with David Muir/Faceboook

Syukur, wanita itu berjaya ditarik keluar melalui tingkap dan sukar dipercayai, dia hanya mengalami kecederaan kecil.

Datuk Bandar Binghamton, Rich David, memuat naik rakaman video detik dramatik tersebut di Facebook sebagai tanda terima kasih kepada wira-wira yang berusaha menyelamatkan perempuan tersebut walaupun nyawa mereka turut dalam bahaya.

Chris adalah salah seorang wira yang membantu menyelamatkan nyawa wanita tersebut pada hari itu. Wira-wira yang terlibat menerima anugerah penghormatan daripada Datuk Bandar.

Kredit: Facebook

Tonton video tersebut di bawah:

Kredit: ABC World News Tonight with David Muir/Faceboook

Sumber: Inspiremore,  ABC World News Tonight with David Muir/Faceboook, Facebook

Era Baru

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top