Uncategorized

Latihan Kawad Kaki Paling Kelakar Di Dunia

Kawat kaki biasa boleh jumpa di sekolah, pusat latihan polis atau tentera dan sebagainya. Ia merupakan satu pergerakan di mana semua orang bergerak serentak, dan cukup berirama.

Pernah ada orang bertanya, mengapa perlu adanya kawad kaki ini? Bukan ke tentera perlu untuk mempertahankan negara dan buat banyak latihan untuk menambah skill dalam peperangan sudah cukup?

Persoalan ini biasanya ditanya oleh orang yang tidak berapa faham tentang budaya di bidang tentera. Biasanya kawat kaki amat diperlukan juga sebab kawat kaki dapat buat tentera lebih berdisiplin, dan juga melahirkan keyakinan diri kepada tentera.

Bukan ini saja, ia juga dapat melahirkan sikap kerjasama di kalangan tentera. Ini adalah sangat penting sebab bila tentera berperang, semua unsur seperti kerja sama, keyakinan diri dan berdisiplin adalah amat diperlukan. Tanpa unsur-unsur ini, susah untuk menang dalam peperangan dan justeru buat negara dalam keadaan yang bahaya.

Oleh tu kawat kaki adalah sangat penting. Bukan saja di pusat latihan tentera, ia juga diamalkan di kalangan anggota polis dan di sekolah. Di sekolah biasanya bukan untuk pergi berperang, kebanyakan pelajar berkawat untuk mengambil unsur-unsur seperti kerja sama dan keyakinan diri.

Kadang-kadang mereka akan menghiburkan diri dengan cara kawat yang pelik-pelik. Jom saksikan video penuh di bawah tengok cara kawat yang dapat buat anda gelak tidak habis.

Kredit : dharian

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top