Uncategorized

‘Akak baru dapat kuarters selepas buat rayuan’ – Terperanjat tengok keadaan rumah ibu 4 orang anak ini

Terkejut seorang wanita melihat keadaan rumah pelanggannya yang seperti tiada apa-apa selain dari karpet kecil, tilam nipis dan beberapa lagi barang lain yang dihuni oleh empat beradik bersama dengan ibunya yang sedang hamil anak kelima.

Sebak hatinya melihat keadaan rumah pelanggannya, terlintas di hatinya mahu membantu keluarga ini. Kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh menghubungi Fera Adriana di Facebooknya. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda semua. Sebarkan.

HARI ini hari pertama saya urut orang sambil menangis dalam hati. Saya dapat mesej dari kakak ini, dia kata dah tak tahan sangat sebab badan sakit.

Jadi, bila saya sampai, saya agak terperanjat bila tengok keadaan rumah yang seolah-olah kosong. Memang tak ada apa, yang ada hanya penghuni di dalamnya.

Semasa saya mengurut kakak ini, saya saja memulakan perbualan dengan bertanya apakah dia baru saja berpindah ke sini? Dia kata, “A’ah, baru saja dapat rumah kuarters selepas buat rayuan, akak ni kerja kerajaan.

Jadi saya bertanya lagi, berapa lama sudah berpindah ke sini? Dia jawab sudah dua bulan. Dalam hati saya berkata, kalau dah dua bulan takkan ini saja barang rumah dia ada? Saya pun tanya lagi, “Suami akak pun kerja kerajaan ke?”

Jawapan dia yang seterusnya membuatkan saya menangis dalam hati. Dengan tenang dia jawab, “Suami akak dah meninggal, bulan 1 hari tu, sakit kanser.”. Allahu.

Kau bayangkan akak ini sekarang sedang mengandung tujuh bulan dan dia ada anak yang perlu ditanggung seramai empat orang lagi. Seorang darjah enam, darjah empat, umur tiga tahun dan umur dua tahun. Kau bayangkan macam mana kehidupan seharian mereka anak beranak?

“Siapa yang jaga anak-anak akak kalau akak pergi kerja? Akak pergi kerja naik apa?” soal saya.

Nak tahu apa jawapan dia? Anak dia yang darjah enam dan darjah empat itu yang mengurus dan menjaga dua adik mereka semasa ibu mereka bekerja. Yang lebih membuatkan aku sesak dada bila kakak itu kata anak sulung dia itulah yang memasak dan beri adik-adiknya makan.

Weh! Di saat rakan-rakan sebaya si kakak sulung ini sedang bermain iPad, tengok cerita Pony, dia pula sedang memikul tanggungjawab seorang ibu. Manakala seorang ibu sedang memikul tanggungjawab sebagai ibu yang sedang sarat mengandung, juga menjadi ayah kepada empat orang anaknya yang masih kecil.

Allahu, sebak sangat. Kakak ini sangat tabah, masih mampu tersenyum, pergi kerja naik motosikal sebab itu saja satu-satunya kenderaan yang dia ada.

“Barang-barang keperluan baby dah ada?” soal saya.

Dia kata belum sebab ada banyak lagi benda lain yang perlu didahulukan buat masa ini sebab dia sedang menguruskan perpindahan sekolah anak-anaknya.


“Akak kalau saya ada barang-barang baby yang masih okey, nak bagi pada baby akak nanti, nak tak?” soal saya.

Kakak itu senyum dan kata boleh juga, tidak perlulah dia fikir lagi tentang barang keperluan bayi ini nanti.

Selesai saya mengurut kakak ini, dia bayar pada saya dan saya ambil duit saya ketepikan RM20 dan saya hulurkan semula pada kakak itu, duit lebihan. Kakak itu agak terkejut dan kata kenapa sikit sangat saya ambil?

“Simpan buat perbelanjaan anak-anak akak,” kata saya yang kemudian menghulurkan beberapa lagi not yang ada dalam dompet untuk diberi kepadanya dengan harapan boleh membantu mereka anak beranak.

Mana keluarga mereka yang lain? Ada tetapi berapalah, mungkin masing-masing dapat hulurkan dan bantu. Kalau banyak dia dapat, korang mesti nampak macam-macam dah ada dalam rumah mereka ini. Habis kuat orang boleh tolong untuk lepas mereka makan anak beranak mungkin.

Perbelanjaan sekolah anak? Anak pergi sekolah? Perbelanjaan lain?

Aku tanya berapa gaji? Dia kata dah tolak itu ini, bersih dia dapatlah RM1,000 sebulan dah cukup untuk makan minum mereka anak beranak lima orang katanya. Aku tahu amaun itu tak cukup sebenarnya. Akak itu tak nak kita bersimpati pada dia. Akak itu tak minta apa-apa pun dari saya. Sedikit pun tidak tetapi melihat keadaan rumah, saya tahu saya perlu buat sesuatu.

Ingat dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Saya janji dengan kakak itu yang saya akan datang lagi untuk beri barang keperluan bayi dan persiapan dia untuk bersalin.

Ada ke yang sudi membantu misi saya ini? Kakak itu tak tahu menahu pun. Saya memang berniat nak belikan sedikit barang keperluan mereka seperti beras, barang kering sedikit, barang basah dan barang keperluan harian mereka.

Kalau ada yang sudi nak sumbang RM1, RM5 dan RM10 pun boleh. Minggu depan saya nak pergi ke rumah dia lagi. Tak dapat sumbang duit pun tak apa, tolong share post ini pun amat dialu-alukan.

Sumber: Fera Adriana

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top