Uncategorized

Masa Depan Budak 13 Tahun Ini Hancur Kerana Telah Mengandungkan Anak Lelaki Seusia Bapanya.

Gambar Sekadar Hiasan
Usianya baru 13 tahun, namun masih depannya sudah dihancurkan oleh lelaki sebaya bapanya. Bermula dari ringan-ringan, akhirnya terjebak sehingga melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Akibatnya, remaja ini mengandung.

Perkongsian dari laman Facebook Baitus Solehah ini, bukan biasa-biasa. Banyak berkongsi kisah dan cerita wanita yang dianiaya lelaki tidak bertanggungjawab. Cerita dikongsi bukan cerita kosong, namun meminta orang ramai khususnya ibu bapa sedar dan tidak mengabaikan anak-anak mahupun perempuan atau lelaki.

INI mangsa pedo. Budak ini di-grooming dari sebelum dia ambil UPSR. Bila mencapai umur 13 tahun, dia dah disahkan mengandung.Budak ini happy saja sebenarnya sebab dia tidak tahu akan akibatnya. Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ini babak akhir setelah mangsa terkulai manja.

Kasihan tak? Budak kecil ini dah kendung anak. Ini gambar yang saya rakam sewaktu dia mahu memandikan anaknya. Terpaksa berjengket sebab dia masih rendah. Pendek, ketinggian masih belum cukup. Masa mengandung, sedih tengok budak kecil ini perutnya terjungkit ke depan.

Di sini mereka perlu belajar berdikari, kena uruskan anak sendiri. Ada kawan sebelahnya perhati, beri tunjuk ajar supaya budak ini melakukannya dengan betul.Apa yang ibu-ibu rasa bila tengok budak berusia 13 tahun mengendung anak? Adik ke anak? Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung dan melahirkan anak. Air susu tetap ada dan mewah. Anaknya menyusu susu ibu.

Masih ada empat mangsa pedo yang belum bersalin. Dua orang budak dah melahirkan anak. Inilah bukti pedo semakin bermaharajalela. Tahun lepas saja sudah berapa ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.Ibu-ibu, janganlah lena. Jangan sibuk dengan kisah Husna. Bangun, bangun.

Mana-mana lelaki yang kahwin dengan budak bawah umur akan dikira sebagai melakukan perkosaan atau merogol, walaupun perkahwinan itu mendapat persetujuan ibu bapa.Itulah pengisytiharan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Jainab Ahmad Ayid.

Jainab berkata semua anak gadis yang berusia bawah daripada 18 tahun masih diklasifikasikan sebagai seorang kanak-kanak.Beliau juga dipetik mengatakan –“Kanak-kanak patut ke sekolah dan mendapatkan pendidikan. Mereka tidak patut terlibat dalam perkahwinan, walaupun ia telah dipersetujui ibu bapa. Ibu bapa kena faham hal ini.”

Penyataan menteri itu adalah bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh Adun Liawan iaitu Sairin Karno yang menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk lebih fleksibel bagi mendaftar kanak-kanak bawah umur yang kahwin mengikut adat di Sabah.

Hal ini kerana ada sesetengah adat di Sabah yang membenarkan perkahwinan di antara lelaki dan kanak-kanak perempuan bawah umur.Kes kahwin dengan budak bawah umur di Sabah.Jainab mengakui kes kahwin dengan budak bawah umur masih wujud di Sabah dan ia masih berleluasa. Sebab itu beliau sedih adat seperti ini masih diteruskan.

“Di bawah undang-undang sivil, perbuatan itu adalah salah. Ia bukan tentang perkahwinan tersebut dibenarkan atau tidak.”Pihak kementerian telah melakukan pelbagai program di kampung-kampung untuk mendidik ibu bapa agar memahami bagaimana kes kahwin dengan budak bawah umur mendatangkan kemudaratan.

Namun, masih ramai yang tidak mahu berubah.Pada tahun 2014, seorang lelaki telah merogol pelajar sekolah yang berusia 13 tahun.Akan tetapi, lelaki itu mengambil keputusan untuk mengahwini mangsa rogolnya sebagai “pertukaran” agar keluarga mangsa menarik laporan terhadapnya.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih mengambil tindakan yang sewajarnya di mana lelaki itu didapati bersalah kerana merogol dan dihukum penjara.Lelaki itu sedang menjalani hukumannya dalam penjara, namun masih mahu mengahwini mangsa rogolnya.

Ketika pihak kementerian cuba menasihatkan kedua ibu bapa mangsa untuk membenarkan gadis itu kembali ke sekolah, mereka enggan berbuat demikian dengan alasan anak gadis mereka sudah berkahwin dan lebih suka bekerja.Menurut bapa mangsa lagi, anaknya boleh belajar untuk jadi make-up artis kelak kerana isteri pertama lelaki tersebut juga adalah seorang make-up artis.

Si bapa sangat degil dan tidak mahu membenarkan anaknya menghabiskan sekolah.Jainab dan pihak kementerian telah bergabung dengan pelbagai agensi dan NGO untuk mendidik ibu bapa agar membenarkan anak mereka menghabiskan sekolah dahulu sebelum membenarkan mereka berkahwin muda.Hal ini sungguh membimbangkan kerana anak gadis bawah umur yang berkahwin terlalu muda selalunya mengalami masalah fizikal, psikologi dan masalah kesihatan.

Kesan kahwin dengan budak bawah umur.Kajian yang dilakukan oleh pihak Pan African University, Yaounde, Cameroon mendapati kebanyakan kanak-kanak yang “terpaksa” kahwin muda mengalami masalah emosi dan psikologi.Ini kerana mereka menghadapi tekanan untuk melakukan hubungan seksual dan mengganggu tumbesaran akil baligh mereka.

Malah, mereka juga didapati tidak bahagia dan terasing daripada masyarakat. Seks pramatang mengakibatkan mereka mengalami trauma dan kejutan.Bukan itu saja, kahwin dengan budak bawah umur telah mencetuskan impak pada kehidupan sosial seorang gadis.

Mereka biasanya tidak akan habis belajar, tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya dan terpaksa berpindah-randah.Menurut WHO, beribu anak gadis telah mati kerana hamil dan bersalin ketika usia masih terlalu muda. Hal ini disokong oleh laporan UNICEF.

Hampir 70,000 gadis yang berusia 15 hingga 19 tahun mati setiap tahun kerana mengalami komplikasi kehamilan atau ketika bersalin.Kehamilan ketika masih muda mampu mengakibatkan pelbagai perkara negatif pada kesihatan.

Secara fisiologinya, kanak-kanak boleh mengandung jika beliau telah mengalami proses ovulasi, yang mungkin berlaku sejurus sebelum beliau mendapat haid yang pertama. Kanak-kanak perempuan yang menghampiri saat baligh boleh mengalami peningkatan hormon Follicular Stimulating Hormon (FSH) dan Luteinizing Hormone (LH) yang mengizinkan proses ovulasi berlaku.

Lazimnya sebelum haid kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda baligh (puberti) seperti tumbuh tunas buah dada, buku ari-ari, bulu ketiak dan keluar keputihan melalui faraj, mendahului datang haid (rujuk rajah di bawah).menarche
Namun ada sebilangan kecil yang tidak menunjukkan tanda-tanda baligh yang lain, terus mendapat haid pertama. Oleh itu, ada kemungkinan pemangsa, memperdaya anak-anak ini mengatakan mereka tidak mungkin akan mengandung kerana belum datang haid.

Selain daripada mengetahui perbuatan seks sebelum berkahwin itu haram, anak-anak yang mempunyai pengetahuan asas tentang fisiologi diri mereka diharap lebih berupaya menolak keras ajakan-ajakan tidak wajar ini daripada pemangsa.Mereka sepatutnya bebas belajar dan bermain. Bukan perlu menguruskan rumah tangga, melayan nafsu serakah lelaki atau hamil pada usia yang terlalu muda.

Kita tidak mahu menjadi seperti negara Paraguay yang mempunyai hampir 700 kes kanak-kanak berusia di antara 10-14 tahun mengandung dalam tahun 2014 sahaja, 28 daripada mereka berakhir dengan kematian akibat komplikasi mengandung. Kes-kes ini dilaporkan akibat “domestic abuse” dan kes terbaru di mana kanak-kanak berusia 10 tahun mengandung akibat dirogol bapa tiri.

Sama-samalah kita bertimbang rasa dan membentuk sebuah masyarakat yang lebih sihat.Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, seorang “kanak-kanak” bermaksud seseorang yang berumur bawah 18 tahun atau jika berhubung dengan prosiding jenayah bermaksud seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

Umur bagi tanggungjawab jenayah di bawah Kanun tersebut adalah 12 tahun. Di bawah undang-undang sivil Malaysia, ianya salah di sisi undang-undang bagi seorang gadis untuk berkahwin jika dia berada di bawah umur 16 tahun; di bawah undang-undang yang sama, beliau boleh berkahwin pada usia 16 tahun secara sah dengan kebenaran menteri negeri berkenaan. Bagaimanapun, di bawah undang-undang Syariah, undang-undangnya lebih kabur dan bergantung kepada keadaan. Hakim Syariah memegang kuasa untuk memberi kebenaran untuk perkahwinan di bawah umur 16 tahun.

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top