Uncategorized

Lawak Johan Jatuh Kerusi ketika live Super Spontan Xtravaganza. Sakit Juga Tu

Memasuki penganjuran tahun ketujuh, program realiti permainan lawak spontan Super Spontan Xtravaganza (SSX) tampil menerusi edisi istimewa yang bakal berlangsung bermula hari ini (20 Julai).

Program tersebut bakal bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada setiap Jumaat di saluran 132 (Astro Warna) dan saluran 124 (Warna HD) selama 10 minggu berturut-turut.

Membawa tema Tukang Masak, SSX dijayakan 16 orang peserta terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi dan selebriti media sosial yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung dan Lobster Leleh.

Kumpulan Sotong Kangkung yang terdiri daripada Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu, Atu Zero, Modee, Izzue Islam dan Siti Elizad membawakan imej tukang masak jalanan dengan diketuai oleh Rashid Salleh selaku pengurus.

Lobster Leleh yang mencerminkan imej tukang masak hotel pula diketuai Reza Zainal selaku pengurus dan ahlinya terdiri daripada Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh, Joey, Anas Ridzuan, Jaa Suzuran, Tomok dan Zara Zya.

Barisan selebriti daripada dua kumpulan tersebut bersaing bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 bagi juara manakala RM50,000 menjadi habuan buat naib juara.

Tempat ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 serta masing-masing RM5,000 bagi tempat keempat hingga keenam.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memberitahu, pihaknya masih mengekalkan sebahagian besar format musim terdahulu tetapi membuat kelainan apabila menampilkan segmen Spontan Tepi Jalan.

Kongsinya, menerusi segmen berkenaan, pelawak Ali Puteh selaku pengacara akan memilih orang awam secara rawak untuk bermain pelbagai permainan secara spontan.

“Bagi segmen Spontan Tepi Jalan, penonton akan menyaksikan pemenang mingguan dan dua pemain terbaik menerusi segmen tersebut dibawa ke gelanggang akhir SSX sebagai peserta untuk bersaing bersama finalis lain.

“Buat julung kalinya, SSX melakukan pembaharuan dari segi pemarkahan yang membabitkan 50 peratus daripada juri tetap, manakala selebihnya ditentukan oleh penonton menerusi undian,” jelasnya pada sidang akhbar program tersebut di Hotel Marriott, Putrajaya baru-baru ini.

Dua orang juri tetap yang turut bertindak selaku komentator iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor, manakala seorang lagi juri jemputan akan diperkenalkan pada setiap minggu.

Budaya sihat

Afdlin Shauki yang turut berperanan selaku pencetus program berkenaan pula berpendapat, jenama Super Spontan yang mengetengahkan genre lawak jarang dipertontonkan di Malaysia menjadi format untuk menghiburkan khalayak.

Ujar pengarah filem Baik Punya Cilok itu, lawak secara spontan kini menjadi satu budaya pertandingan ‘sihat’ kerana secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara peserta.

“Atas alasan itu, kami menyuntik pembaharuan pada edisi kali ini kerana mahu menambah warna dalam program tersebut.

“Jika dilihat, gabungan peserta lama dan baharu juga bakal menceriakan lagi program ini kerana secara tidak langsung memaparkan sisi lawak yang lain,” kongsinya sambil memberitahu, juri mempunyai kuasa penuh untuk memberikan kad imuniti kepada mana-mana ahli kumpulan yang difikirkan layak.

Bertindak selaku juri bersama, Adibah Noor pula menambah, dia mencari peserta yang dapat menghiburkan penonton secara spontan tetapi mengikut ketetapan tertentu dalam permainan.

“Kesemua peserta sudah mengetahui beberapa syarat yang dibuat dalam permainan. Sebagai juri, kami akan bertindak mendisiplinkan mereka, supaya sambil berhibur, lawak yang diketengahkan mempunyai pengajaran tersendiri,” tutupnya.

VIDEO:

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top