Uncategorized

Mengejutkan, Harta Dato Aliff Syukri Berharga RM1.8 Juta Hangus Dan Aliff Syukri Menangis Tak Berhenti

Kereta mewah dipandu pengusaha produk kesihatan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meletup di kilometer 39.5 Lebuh Raya Kesas, semalam.

Kejadian berlaku ketika Aliff Syukri dalam perjalanan dari arah Persiaran Kewajipan menghala ke plaza tol Sunway.

Menurut Aliff, kejadian itu menyebabkan dia mengalami kerugian bernilai jutaan ringgit.

Khabar mengenai kemalangan itu juga dinyatakan sendiri oleh Aliff melalui kenyataan umumnya.

“Aku insan yang lemah. Kuatkanlah semangatku ya Allah.

“Apa patut saya buat… kereta kesayanganku, aku beli RM1.8 juta, tak ada salah, tak ada apa tetiba meletup,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam ketika Aliff Syukri memandu Ferrari itu dan tidak ditemani sesiapa.

Laporan awal menunjukkan kereta terbabit terbakar 100 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, sumber dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memberitahu, kereta tersebut dipandu seorang selebriti bergelar Datuk.

“Beliau dibawa oleh pekerja lebuh raya menaiki kenderaan mereka ke pejabat Plus.

“Saksi-saksi memberitahu Datuk Seri terbabit memandu sendirian,” katanya.

Seramai enam anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas mendapat laporan mengenainya.

Bagaimanapun, kata sumber itu bomba sedang menunggu laporan daripada polis.

Sumber : malaysia kini

 

Katanya pemilik sebenar kereta itu juga akan dikenal pasti apabila geran serta kereta itu dihantar ke pihak forensik,” katanya melalui teks ringkas kepada Malaysiakini.

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top