Uncategorized

‘Kami mohon maaf, tak berniat jatuhkan maruah sekolah’ – Instafamous 7G1E

Susulan viral klip video instafamous yang menyalahkan sekolah dan gurunya kerana mendapat keputusan peperiksaan yang teruk (7G1E) yang kemudian dikecam hebat netizen, pasangan kembar berkenaan tampil membuat permohonan maaf.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram Ieka Tajudin berkata, dia tidak berniat mahu mencalarkan nama sekolahnya, malah menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya melibatkan kawan-kawannya sahaja.

“Hi dan Assalamualaikum untuk pembaca sekalian. Di kesempatan ini, kami, Ieka dan Eira ingin menjelaskan dan memohon maaf di atas isu viral mengenai kami yang telah menjadi isu perbualan orang ramai sekarang ini.

“Sepertimana di dalam video live Ieka yang tersebar, kami tidak sesekali bermaksud untuk menjatuhkan maruah sekolah kami dan di kesempatan ini kami sekali lagi ingin memohon maaf atas keterlanjuran menyebut nama sekolah tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi.

“Kes ini sememangnya tidak ada kaitan sama sekali dengan pihak sekolah. Cuma masalah ini hanya melibatkan di kalangan kawan kami sahaja yang ingin menjatuhkan kami berdua dan sanggup menyebarkan isu privasi kami kepada orang awam dan kami anggap ianya agak melampaui batas dan menjatuhkan maruah,” katanya.

Ieka menegaskan, dia dan kembarnya tidak akan memaafkan individu berkenaan dan menerima segala tohmahan, cacian dan kritikan, serta berharap isu ini tidak lagi dibincangkan di media sosial.

“Kepada individu berkenaan, kami tidak akan memaafkan mereka di atas segala perbuatan dilakukan. Sebaliknya kami bangkit dan kuat untuk hadapi isu ini.

“Segala tohmahan, cacian dan kritikan yang kami terima, kami jadikan sebagai satu suntikan semangat untuk terus sukses dalam kehidupan kami. Sesungguhnya gagal atau ‘bodoh’ itu tidak menjamin seseorang itu untuk turut gagal dalam kehidupan.

“Kami harap isu ini tidak dibangkitkan lagi dan terima kasih kepada mereka yang selalu ada bersama kami tidak putus memberikan semangat mengetahui cerita yang sebenar berlaku di sebalik kejadian ini.

“Kepada netizen yang melemparkan tohmahan, hinaan dan juga cacian, semoga perkara seperti ini tidak terjadi kepada ahli keluarga kamu semua.

“Perkara ini menjadikan Iera dan Ieka lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Iera dan Ieka mengambil energy negative ini sebagai energy positive untuk kami lebih fokus dalam bidang yang kami ceburi. Thank you,” katanya.



Ieka turut memuat naik screenshot mesej dari seorang individu kepada ibunya, yang mendakwa dialah dalang yang menyebarkan video tersebut sehingga menyebabkan kembar itu dikecam netizen.

“Yes you may apologize but you messed with the wrong person. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata jangan sekali,” kata Ieka yang difahamkan enggan memaafkan individu berkenaan.

Sumber : thereporter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top