Uncategorized

Didakwa cuba tukar status jantina, JPN tidak terima permohonan Nur Sajat

Nampaknya isu kekeliruan identiti dan jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman bagai tiada noktah dan jalan penyelesaian walaupun melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu.

Terbaru, menerusi laporan BH Online, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tidak menerima permohonan daripada pengasas kosmetik yang sinonim dengan tagline ‘Lets Cantik’ dan ‘Jangan Mengata’ itu bagi mengubah status jantina pada MyKad miliknya.

Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina pada MyKad, tetapi akan diteliti mengikut prosedur yang ditetapkan.


“Dalam proses permohonan penukaran jantina (IC), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.
“Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.
“Sekiranya jantina individu berkenaan disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya.

Tambah Mohammad Razin, tetapi pihaknya akan menolak permohonan individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.
“Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.
“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sajat dilaporkan enggan mengulas sebarang kenyataan apabila dia didakwa ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada MyKad.

Sumber : BH Online

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top