Uncategorized

Khairy Jamaluddin Buat Satu Keputusan Yang Tidak Disangka. Zahid Hamidi Rasa Tercabar Dengan Kenyataan Ini.

Khairy Jamaluddin dilaporkan bakal bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti hujung bulan ini, walaupun sebelum ini mengisytiharkan beliau hanya akan merebut jawatan naib presiden.

Menurut laporan BH Online hari ini, beliau akan menghantar borang pencalonannya sebelum pencalonan ditutup lima petang ini.”KJ akan tanding presiden,” kata seorang exco Pemuda Umno seperti dipetik.

Jika ia menjadi kenyataan, kedudukan presiden Umno yang lazimnya tidak dicabar dalam pemilihan sebelum ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Sebelum ini, calon yang sudah mengesahkan pencalonan adalah pemangku Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.

Tengku Razaleigh, atau Ku Li, yang pada mulanya dilihat keberatan mengesahkan pencalonannya semalam selepas banyak pihak dalam parti itu menggesa beliau berbuat demikian.

Sumber daripada kem Ku Li memberitahu Malaysiakini bahawa langkah Khairy itu mungkin untuk memecahkan undi bagi meningkatkan peluang kemenangan Ahmad Zahid – yang menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan tertinggi ketika kekalahan bersejarah Umno dan BN pada PRU lalu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata Khairy merupakan pemimpin terbaik untuk menjadi presiden parti lamanya itu.

Khairy bagaimanapun tidak mengambil berat pandangan itu dengan berkata Mahathir hanya membuat kenyataan sarkastik untuk memerlinya.

Sumber: https://indahnyaislam.net/khairy-jamaluddin-buat-satu-keputusan-yang-tidak-disangka-zahid-hamidi-rasa-tercabar-dengan-kenyataan-ini/

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top