Uncategorized

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca beliau dan isteri enggan untuk tinggal di kediaman rasmi kerajaan di Seri Perdana.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca beliau dan isteri enggan untuk tinggal di kediaman rasmi kerajaan di Seri Perdana.

Beliau berkata, kediaman itu terlalu besar buatnya dan isteri Tun Siti Hasmah Mohamad Ali tambahan pula anak-anak sudah memiliki rumah sendiri.

“Tak perlu la. Rumah itu besar. Saya hanya berdua dengan isteri. Anak cucu pula ada rumah sendiri. Lebih baik saya tinggal di rumah sendiri. Mudah dan selesa untuk kami berdua,” jelasnya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Tegasnya, kediaman Seri Perdana hanya akan digunakan untuk urusan rasmi kerajaan.

10 Mei lalu Dr Mahathir secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.

Pengerusi Pakatan Harapan berumur 93 tahun itu juga mencipta sejarah menjadi ketua negara paling tua dilantik dalam dunia melalui proses demokrasi.

1 Comment

1 Comment

  1. Norizah bt Man

    June 17, 2018 at 6:54 pm

    Terbaik Tun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top