Uncategorized

Produser Bollywood mahu bikin filem “Mahathir Penyelamat Malaysia”

KUALA LUMPUR: Seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem  mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.

Raman Kumar, 73, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik  politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, untuk berkempen atas platform anti-rasuah untuk menerajui negara sekali lagi.

“Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, telah dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya).

“Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan,” katanya kepada Bernama.

Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk  ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’, filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.

Raman, yang telah menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia, menyatakan bahawa kepimpinan  Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum telah mendorong rakyat Malaysia untuk  mengundi bagi sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan  Harapan (PH), yang dipengerusikannya, selepas 60 tahun kemerdekaan.

“Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran dan cara rakyat Malaysia begitu merasakan momen pembangkang (ketika itu) menang (pilihan raya),” katanya.

Dr Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 9 mei, meranapkan gabungan Barisan Nasional yang begitu hebat di bawah pendahulunya Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meletak jawatan sebagai pengerusi BN.

“Malaysia dilahirkan semula. (Mei adalah hari baharu. Malaysia telah diberi peluang baharu,” kata Raman mengenai kemenangan PH yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr Mahathir.

“Saya mendapati karakter Dr Mahathir penuh berwarna warni dan kami ingin  menceritakan kisahnya  dalam keadaan begitu. Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami telah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik,” kata produser itu merujuk kepada M. Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal serta seorang profesor madya.

Raman, yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India dan juga Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem  akan datang dari Mumbai.–  Bernama

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/30/filem-mahathir/#fWHeDos2j6ZAWTP8.99

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top