Uncategorized

Akibat Bunyi Ekzos Motosikal, 5 Mangsa Cedera Diserang Jiran

Seorang lelaki dikatakan hilang pertimbangan dan bernekad menikam lima rakan yang juga jirannya  dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil awal pagi semalam setelah gagal kawal kemarahan. Semua mangsa yang tercedera dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut selepas dihubungi orang ramai.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Sepang berkata kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat perbuatan rakan dan jiran sering membuat bising, terutama pada waktu malam sejak lima tahun lalu. Malah, suspek sebelum ini telah menegur jirannya itu supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran tidak diendahkan.

Sudah ditegur berkali tapi tak diendah

Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata suspek juga dikatakan rasa tercabar dengan perbuatan jirannya membunyikan ekzos motosikal yang bising pada waktu malam. Suspek kemudian mengambil sebilah pisau di rumah dan segera ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.

Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.


Sudah macam orang hilang akal

Malah, tindak-tanduk suspek sudah macam orang hilang akal. Sebaik saja dia keluar dari rumah matanya meliar dan gayanya seperti ingin menikam mangsa. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, tiga mangsa diserang ketika bersembang di halaman rumah manakala bapa mangsa berada di dalam rumah.

Sebelum ini kami sering menerima ugutan daripada jiran saya itu, dia sering mengugut mahu membunuh kami setiap kali berkumpul di depan rumah saya tidak kira siang atau malam. Perkara itu sudah berlarutan sejak setahun lalu, sedangkan kami tidak pernah membuat bising yang keterlaluan namun dia sering menunjukkan perasaan tidak puas hati.

‘Ayah saya turut ditikam’

Perkara itu sudah berlarutan sejak setahun lalu, sedangkan kami tidak pernah membuat bising yang keterlaluan namun dia sering menunjukkan perasaan tidak puas hati. Lima minit kemudian dia keluar dengan dua bilah pisau dan terus menikam kawan saya, kami semua panik dan dia terus menyerang kami semua, ayah saya turut ditikam sebaik sahaja dia keluar dari rumah.

Mangsa Muhammad Harith berkata ayahnya masih tidak menyedarkan diri dan menerima serangan dan tikaman yang paling teruk. Malah, ibu mangsa berkata suspek seorang yang jarang bertegur dan gaul, malah ada segelintir tidak mengenalinya.
Pernah diugut dengan parang

Walaubagaimanapun, salah seorang dari rakan mangsa sebelum ini pernah diugut dengan parang. Mangsa Wan Alif Azril mendakwa suspek pernah mengugutnya dengan sebilah parang beberapa bulan lalu kerana berang dengan tindakan berkumpul di hadapan rumah rakannya yang terletak bersebelahan rumah suspek.

Dia pernah letak parang di leher saya, dia cakap kalau duduk lagi ramai-ramai di depan rumah kawan saya, kami semua akan dibunuh. Pernah juga apabila kami merenungnya kerana dia memandu laju dalam kawasan perumahan, dia mengancam untuk membunuh kami, saya tidak tahu apa masalahnya.

Wan Alif Azril merupakan mangsa pertama yang ditikam setelah suspek datang menyerang mereka.

Dia masuk semula ke rumah selepas menegur dan menyuruh saya pulang ke rumah, lima minit kemudian dia keluar dengan memegang dua bilah pisau. Ketika saya cuba untuk berpusing dan menghidupkan motosikal saya untuk pulang, tiba-tiba saya rasa sakit di belakang badan, kemudian saya sedar yang saya sudah ditikam.

Saya lari masuk ke rumah kawan saya dan kemudian terbaring sehinggalah saya sedar saya berada di hospital kira-kira pada jam 6 pagi tadi.

Dia sempat menakutkan kami

Manakala, seorang lagi mangsa Muhammad Syahid berkata suspek turut mengancam akan mencari setiap orang yang terbabit jika perkara itu dilaporkan kepada polis.

Selepas menikam kami, dia sempat lagi menakut-nakutkan kami dengan mengatakan akan mencari kami jika membuat laporan polis.

Sumber: BH Online via ohbulan

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top