Uncategorized

Suasana sunyi & tenang, Bella Dally kongsi pengalaman bertemu malam Lailatul Qadar

Bulan Ramadhan tahun ini pastinya memberi sejarah yang tidak akan dilupakan oleh pelakon, Bella Dally apabila beliau dan bekas suaminya, Nazim Othman telah mengumumkan penceraian pada 17 Mei lepas menerusi akaun Instagram masing-masing. Orang ramai mula terkejut dengan berita tersebut kerana keserasian mereka sebelum ini nampak sweet dan manja.

Sepanjang menempuh bulan Ramadan, malam Lailatulqadar adalah suatu malam yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam. Malam yang paling istimewa ini sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT walaupun sudah diberi clue iaitu terdiri daripada malam ganjil 10 malam terakhir.

Bukan semua orang beruntung meraih keberkatan Lailatulqadar tanpa persiapan yang rapi. Namun, Bella sangat bertuah kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan Lailatulqadar sewaktu zaman kecilnya.

Ketika Bella masih di zaman kanak-kanak (sekolah rendah), ketika waktu subuh (lepas sahur) beliau merasakan suasana yang sangat sunyi dan tenang sekali. Lantas, beliau telah keluar rumah dan melihat bintang-bintang bertaburan di kanvas langit.

Baginya, mungkin malam tersebut merupakan malam Lailatulqadar dan beliau juga berharap agar dapat merasai sekali lagi situasi yang sama.


Mahu fokus bidang lakonan.
Bella, 27 tahun mahu lebih fokus kepada bidang lakonan sebagai seorang anak seni dan beliau juga seorang wanita yang sibuk dengan kariernya itu.

Sumber : Majalah Nona

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top