Uncategorized

Kejam, Suspek Menceritakan Nur Alya Damia Dicekik Beberapa Minit Dalam Kereta, Sebelum Dicampak Di Tepi Jalan

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita orang awam temui sekujur tubuh pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dibunuh sebelum mayatnya diinggalkan di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson.

Jasad mangsa, Nur Alya Damia sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang sekitar jam 6.50 petang semalam. Syukurlah kerana pihak polis sudahpun berjaya menahan bekas teman lelaki pelajar ini yang juga suspek kejadian.

Seperti yang dimaklumkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Mohd Faisal Mohd Noor, suspek berusia 19 tahun ditangkap di rumahnya di Taman PD Idaman, Lukut. Yang mana jarak kediaman suspek itu kira-kira satu kilometer dari tempat mayat ditemui.

Tambah beliau, selepas mayat Nur Alya Damia Hairi, 19 ini ditemui oleh penduduk sekitar jam 10.30 malam semalam, kira-kira 15 minit selepas itulah suspek yang juga penuntut KVPD ditahan.

Dari siasatan awal polis mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya dekat Taman PD Idaman. Selepas itu suspek menjemput mangsa menaiki Proton wira dan mereka bergerak ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

“Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” katanya.
Suspek Ketakutan Lihat Tubuh Mangsa Tak Bernyawa
Tambah Mohd Faisal, apabila suspek sedar yang Nur Alya Damia sudah meninggal dunia, suspek pula dalam ketakutan dan mencampakkan mayat remaja perempuan itu di tepi jalan di Taman PF Permata sebelum ditemui orang awam.
Sambung beliau lagi kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman.” ujarnya ketika ditemuramah pemberita semalam.

9 Fakta disebalik Pembunuhan Nur Alya Damia

Misteri pembunuhan Nur Alya Damia Hairi sehingga kini masih lagi dalam siasatan pihak polis Daerah Port Dickson.

Merujuk kepada tajuk berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu berkait pembunuhan Nur Alya Damia Hairi .

1.Menurut siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek (bekas teman lelaki) dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan pergi ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

2.Sementara rekan mangsa, Ain Zulaika Zamuri, 19 berkata, Nur Alya Damia sebelumnya telah memaklumkan dia mahu keluar dari asrama kolej untuk bertemu dengan lelaki yang juga merupakan pelajar kolej yang sama di kawasan berhampiran pada jam 9 malam.

3.Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Ain kemudian menghubungi lelaki itu dan terkejut apabila dimaklumkan dia tidak bertemu dengan Nur Alya Damia.

4. Jam 10.30 malam Izwan Mustaffa, 30, menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya. Izwan yang dalam ketakutan kemudian memaklumkan penemuan yang mengejutkan itu kepada jiran sebelum menghubungi pihak polis.

5.Ain dan dua rakan sebilik yang lain bertindak mencari mangsa dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, mereka ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul di tepi jalan.

6.Susulan penemuan mayat itu 15 menit kemudian polis telah menahan seorang pelajar lelaki dari kolej yang sama dipercayai bekas teman lelaki mangsa.

7.Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya

8.Menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat mangsa di tepi Japan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam.

9.Kali terakhir arwah dilihat sangat riang dalam kelas sehingga ditegur oleh pensyarah yang turut hairan dengan kelakuan arwah ketika itu.

Jenazah Nur Alya dikebumikan

Sumber : http://hmedia.host/2018/05/kejam-suspek-menceritakan-nur-alya-damia-dicekik-beberapa-minit-dalam-kereta-sebelum-dicampak-di-tepi-jalan/

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top