Uncategorized

Maafkan Tun M? Ini Jawapan Anwar

Ini bukan gurauan. Saya rasa seperti sudah tiba ajal.. Anwar Ibrahim dedah Bahu kanan bengkak dan Sakit

Mungkin ramai yang menanti detik bersejarah hari pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok. Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, salah seorang anak saudaranya, iaitu Harris Sani telah merakamkan keadaan Anwar yang kini mengadu sakit bahu kanan bengkak.

Harris menziarahi Anwar yang kini berada di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada Selasa lepas

Menerusi video sumber dari mStar online, Anwar sedang rancak berbual dengan bersama dengan beberapa pelawat lain yang ingin tahu mengenai keadaan kesihatannya. Video tersebut juga melihatkan kehadiran isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan penuh kepada Anwar dan beliau akan kembali bergiat secara aktif dalam politik.


Ramai Tertanya Adakah Betul Anwar Ibrahim Telah Maafkan Tun Mahathir Sepenuhnya? Ini Jawapan Dia
CHERAS: Rusli Ibrahim yang juga adik kandung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan, Selasa ini.

“Pada pagi Selasa ini, Jawatankuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersidang bagi membincangkan perkara itu.

“Insya-Allah, Lembaga Pengampunan akan bersidang, tentukan masa. Besar kemungkinan, Selasa (Anwar dibebaskan).
RUSLI Ibrahim adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media selepas berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras. – Foto Mohd Yusni Ariffin

“Yakin hari Selasa. Hanya dia (Anwar) akan pergi tandatangan Agong. Selepas itu, Agong akan panggil dia ke istana dan terus bebas,” katanya kepada pemberita selepas melawat abangnya di Hospital Rehabilitasi Cheras, hari ini.

Rusli berkata, selepas bersidang, Anwar akan segera dibawa ke istana kerana Agong secara peribadi mahu berjumpa dengannya

SUMBER : BHARIAN
ADAKAH ANWAR IBRAHIM MEMAAFKAN TUN MAHATHIR SEPENUH HATI?
Selepas jabat salam bersejarah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berdua hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, adakah Anwar sudah memaafkan musuh politik 18 tahunnya itu yang ‘mencantas’ masa depan politiknya hampir dua dekad lalu?

Tambahan lagi ketika berdepan gesaan mohon maaf terbuka anak perempuannya Nurul Nuha.

Berdepan soalan itu hari ini, Anwar kelihatan keberatan mengeluarkan kenyataan pasti bahawa beliau telah memaafkan bekas mentor yang membawa beliau menyertai politik pada era 70-an itu.

Pemberita: Susulan anak perempuan kamu buat kenyataan, kamu masih mahu beliau minta maaf?

Anwar: Saya sudah jelaskan. Masalahnya ia terjadi tiba-tiba; saya tiada peluang bercakap dengan anak-anak saya sebelum ini, tetapi sekarang oleh kerana saya sudah jelaskan keadaan pada mereka, cukuplah.

“Sudah tentu kami menderita…”

Jadi kamu sudah maafkan beliau?
[…] sangat hargai, sudah tentu saya terima kasih pada beliau dan beliau beri sokongan bukan saja pada (isu) MKN tetapi juga reformasi. Ini yang penting.
Boleh kami kata kamu sudah maafkan beliau?
Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang, tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan . Anwar berkata demikian ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Sumber : http://kicappedas.com/2018/05/16/maafkan-tun-m-ini-jawapan-anwar/ketidakadilan

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top