Uncategorized

“Saya menyesal lindungi Najib” – KJ

Sejak Barisan Nasional kalah dalam PRU14, banyak yang dah mula buka mulut dan fikir balik apa yang dorang dah buat salah sebelum ni. Salah satu daripadanya adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Menurut WORLD OF BUZZ, KJ telah membuat pengakuan kepada Channel News Asia bahawa dia sepatutnya bercakap benar pasal skandal 1MDB daripada melindungi Dato’ Seri Najib Razak.

Nampak tanda penyelewengan

KJ juga memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah nampak berlakunya penyelewengan dalam hal ini tapi masih berfikir untuk melindungi pemimpin.

“Ada sebarang tanda? Ya, memang ada tanda yang jelas tapi kami jadi tak sedar akan tanda-tanda tu.”

“Ini tak boleh berlaku lagi, kita tak boleh benarkan pemimpin kita dalam Umno lari dari realiti. Kalau kita teruskan dengan mindset nak lindungi pemimpin kita dari kebenaran, Umno akan pupus.”

Sumber: WOB
“Kami tak mahu akui kesilapan”

Menurut KJ lagi, dia mengaku bahawa kekalahan dalam PRU14 adalah disebabkan oleh kecuaian pihaknya.

“Apa yang jadi ni adalah sebab kamidelusional. Tak ada sesiapa mahu akui ada silap dalam hal ni. Tak ada seorang pun, selepas Muhyiddin dan Shafie Apdal dibuang sebab buka mulut. Tu kesilapan terbesar kami.”
Sumber: WOB
KJ juga berkongsi bahawa Barisan Nasional telah kehilangan 2/3 majoriti pada tahun 2008 di bawah pemerintahan Abdullah Badawi. Abdullah kemudiannya digantikan dengan Najib dengan harapan untuk menaikkan imej parti. Namun, itu satu kesilapan.

“Ingatkan dengan tukar ketua untuk memimpin semuanya akan jadi tersusun. Kami tak boleh buat kesilapan yang sama lagi.”

“Ini bukan saja penolakan kepada Najib tapi juga kepada Umno dan BN. Jika kami boleh terima hakikat tu,barulah kami boleh mula bina semula parti ni.”
Sumber: WOB
Cara nak raih semula sokongan rakyat

Berikutan hal tu, KJ ada menyatakan empat perkara yang diperlukan bagi memastikan BN akan dapat meraih semula sokongan rakyat setelah menjadi parti pembangkang.

Pastikan 78 kerusi Parlimen mereka dikekalkan
Umno mesti pertahankan diri jika HARAPAN cuba buang parti kerana gagal PRU14
BN mesti belajar untuk jadi parti pembangkang yang kuat dan mampu membuat checks and balances kepada HARAPAN
BN perlu menstruktur dan merenung semula aspirasi rakyat yang telah berubah

Selain itu, KJ juga merasakan bahawa mungkin telah tiba masa untuk mereka membuka parti kepada rakyat berlainan kaum dan agama kerana undian orang Melayu terhadap Umno dan BN telah berkurang.
Sumber: WOB
Perlu lawan dua kuasa besar bila Anwar Ibrahim bebas

Bekas Menteri Belia dan Sukan ini juga memaklumkan bahawa mereka perlu menentang bukan sahaja Tun M, tapi juga Anwar Ibrahim apabila bapa kepada Nurul Izzah itu dibebaskan nanti.

“Kami kena bersiap sedia. Kami perlu lawan dua nama besar dalam politik. Malaysia dan pilih dua kuasa besar ni untuk bimbing negara. Jadi cabaran kami adalah untuk memastikan tugaschecks and balances melawan kerajaan.”

“Saya seekor semut melawan dua gergasi, jadi saya perlu pastikan saya berfikir dan bertindak dengan cepat untuk lima tahun akan datang.”
Sumber: WOB
Semoga pemimpin Umno dan BN boleh belajar dari kesilapan lalu dan sama-sama berganding bahu membina semula negara kita bersama kerajaan baru.

 

Sumber : lobak merah

KJ: “I Regret Protecting Najib and Not Speaking the Truth About Him”

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top