Ilmu/Tips

Daging Masak Hitam

Bahan – bahan

1 kg daging (dipotong nipis)

3 ulas bwg merah (dihiris)

2 ulas bwg putih (dihiris)

3 kuntum bunga lawang

2 inci kulit kayu manis

1/2 cawan kicap pekat

air asam jawa secukupnya

garam secukup rasa

Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

4 biji bwg besar

3 inci halia

4 ulas bwg putih

20 biji cili kering – letak hanya 2 sb cili kering siap blender

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu kecil ketumbar – tambah

Cara – cara

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.

2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk… boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top